Friday, September 24, 2010

AS 1MALAYSIA 的利息是6.38%

AS 1MALAYSIA UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN PERTAMA 6.38 SEN SEUNIT
23 September 2010

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan kali pertama sebanyak 6.38 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2010.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM204.67 juta. “Pengagihan pendapatan ini akan dapat dimanfaatkan oleh seramai 259,162 pemegang unit yang telah melanggan 4.02 bilion unit AS 1Malaysia”.

Sehingga 21 September 2010, tabung AS 1Malaysia telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM294.05 juta. Keuntungan dari penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM165.47 juta atau 56.3%, pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan pula menyumbang RM99.80 juta atau 33.9%, manakala sumber pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM28.78 juta atau 9.8 % daripada jumlah pendapatan kasar tersebut.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki terendah bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan AS 1Malaysia, iaitu mulai 5 Ogos 2009 sehingga 30 September 2010.

Pengagihan pendapatan AS 1Malaysia akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Oktober 2010. Semua urus niaga bagi AS 1Malaysia telah ditangguhkan mulai 21 September 2010 sehingga 30 September 2010 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Oktober 2010.

Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai pertengahan bulan November 2010.

AS 1Malaysia merupakan dana berharga tetap di mana 50% daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada masyarakat Bumiputera manakala 30% diperuntukkan kepada kaum Cina, 15% kepada kaum India dan selebihnya kepada masyarakat Malaysia lain. Pelaburan di dalam AS 1Malaysia dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.


*************************************************************************8

这个AS1M过去没有人买,基金开放了几个月后才卖光(华人的quota,还有不要问为什么1Malaysia还有固打制,去问1Malaysia的人).比起ASM和ASW2020一天之内被华人抢空几亿零吉有天大的对比。

反之,现在AS1M是最高股息的。看来下次开放时又是一轮抢购了。

2020宏願基金派發每單位6.3仙股息
大馬信托基金派發每單位6.25仙股息
一個馬來西亞基金派息發每單位6.38仙股息。

No comments: